Masyarakat pada hari masih
memandang rendah kepada anak luar nikah yang mana ianya antara sebab dan ukuran
untuk mencari calon menantu yang sesuai untuk anak-anaknya. Walaubagaimanapun
scenario ini adalah kurang sihat dan hanya menimbulkan penganiayaan sekaligus
menyebabkan anak tersebut rasa sangat tertekan. Ini kerana kelahiran seumpama
itu bukanlah sesuatu yang dipinta oleh sesiapa jua melainkan dengan kesalahan
atau kesilapan seorang yang bergelar lelaki dan wanita yang mengambil mudah
akan hokum hakam dan batas pergaulan sehingga mereka terjebak ke lembah
maksiat. Kesannya maka timbullah gelaran anak tak sah taraf atau anak luar
nikah. Saya berpandangan sedemikian bukanlah untuk membenarkan apatah lagi
untuk menggalakkan berlakunya perihal yang menyalahi Hukum Syarak, Namun
disebabkan pandangan negatif masyarakat kepada anak luar nikah, telah
menyebabkan berlakunya banyak kes yang semakin kompleks seperti pasangan suami
isteri yang perlu dinikahkan semula dengan menggunakan wali hakim ekoran dari
sikap ibu atau bapa anak luar nikah tersebut bertindak menyembunyikan status
anak tersebut sehingga pernikahan anak tersebut dijalankan.
Mengapa perkara ini tidak dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berkaitan sebelum berlakunya majlis akad nikah tersebut? Alasannya ialah kerana malu untuk mendedahkan status anak tersebut iaitu anak luar nikah atau anak tak sah taraf kepada sesiapa jua. Puncanya adalah masyarakat sendiri yang menunding jari kepada anak-anak seumpama itu. Alangkah kasihannya mereka yang memegang status tersebut, bukan pinta mereka.... bukan salah mereka.......Jadi wahai masyarakat! Janganlah memandang rendah kepada anak luar nikah.....
Ada juga beberapa kes di mahkamah Syariah yang melibatkan urusan permohonan seorang bapa yang ingin mengesahkan taraf anak tersebut sama ada anak itu adalah anak kandung darah dagingnya sendiri atau sebaliknya. Perkara ini secara tidak langsung menyentuh isu yang berhubung dengan dakwaan oleh suami kepada isteri sama ada isterinya mengandungkan anak tersebut hasil dari perhubungan wanita tersebut dengan suaminya ataupun hasil perhubungannya dengan lelaki lain. Pengesahan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara di zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi sains, antaranya ialah dengan menjalani ujian DNA terhadap anak tersebut. Dengan cara tersebut biasanya pihak-pihak akan berpuas hati dengan keputusan keesahan taraf anak tersebut. Sealin itu juga cara biasa yang diguna pakai ialah dengan meneliti sijil kelahiran dan melihat tempoh kehamilan adakah cukup atau lebih dari tempoh enam bulan kandungan dilahirkan. Jika sebaliknya Hukum Syarak dan Peruntukan undang-undang ada menggariskan status anak tersebut sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini.
Perkara utama yang perlu diteliti untuk menentukan status taraf anak ialah nasab. Ini kerana dengan penentuan nasab maka ia akan menyempurnakan hak seseorang anak itu dari segi hak jagaan, nafkah, penyusuan, pewarisan, pergaulan dan pelbagai lagi perkara lain.
Berdasarkan Hukum Syarak keturunan sebelah bapa sahaja yang boleh diiktiraf bagi menentukan sehatarafan anak.
Rasulullah pernah bersabda, maksudnya:
Anak adalah milik firash (ibu yang sah) dan bagi penzina (bapa) hanyalah batu.
Dalam ertikata lain penzina lelaki tidak akan mendapat apa-apa termasuk hak jagaan anak hasil perzinaannya. Walau bagaimanapun dalam memahami mafhum hadis ini menjelaskan bahawa anak masih boleh dinasabkan tetapi dengan nasab ibunya sahaja. Dan di sini juga menunjukkan bahawa Syarak masih lagi mengamanatkan ibu untuk melindungi hak anak tak sah taraf, dan bukannya dibiarkan begitu sahaja.
Oleh itu anak yang tidak mempunyai bapa yang sah sebeginilah yang dikatakan sebagai anak tak sah taraf atau anak luar nikah.
Umumnya anak tak sah taraf boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu:-
1)Anak hasil perzinaan
2 b) Anak yang dilahirkan dari pernikah yang sah,tetapi telah memenehi kriteria yang meragukan menyebabkan jadi anak tak sah taraf, dan kriteria tersebut ialah; i) Lian (perceraian secara menafikan nasab anak yang dikandung)ii) Tempoh kandungan yang ditetapkan fuqahak selepas isteri diceraikan atau kematian.(kurang 6 bulan selepas pernikahan) iii)Suami yang telah disahkan tidak akan dapat menghasilkan anak, tetapi isterinya mengandung iv)Tuan yang tak mahu menuntut nasab anaknya yang dilahirkan oleh hamba wanitanya. Selanjutnya merujuk pada seksyen 111, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 berkenaan dengan perkara kesahtarafan anak, ada memperuntukkan sebagaimana di bawah:
Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu, atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara lian atau kutukan menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.
Selanjutnya merujuk pada seksyen 112 enakmen yang sama menyatakan bahawa:
Jika anak itu dilahirkan lebih daripada 4 tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itumelainkan jika lelaki itu ataumana-mana warisnya menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu.
Oleh itu berpandukan pada kedua-dua seksyen ini, maka dari segi undang-undangnya kita dapatlah ditentukan sama ada anak tersebut adalah anak sah taraf atau sebaliknya.
Terdapat beberapa kes yang pernah diputuskan berkaitan secara tidak langsung dengan pengesahan taraf anak. Antaranya ialah kes Salim V Masiah(1976), Jurnal Hukum (2) 296, di mana dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa walaupun pihak suami mendakwa isterinya mengandung sebelum berkahwin dengannya namun disebabkan wanita tersebut melahirkan anak selepas 8 bulan berkahwin, anak tersebut dikira sebagai anak sah taraf dan suaminya dikehendaki membayar nafkah anak tersebut.
Adakah anak taksah taraf berhak mendapat nafkah?
Berdasarkan peruntukan undang-undang Syariah Seksyen 81 (1)Enakmen Undang-undang keluarga Islam Selangor 2003, memperuntukkan bahawa:
Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sah taraf, yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yangdifikirkan munasabah oleh mahkamah.
Selanjutnya merujuk kepada siapakah penjagaan anak tak sah taraf diletakkan? Peruntukan seksyen 86 Enakmen yang sama menyatakan bahawa kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara-mara sebelah ibu.
Terdapat satu fakta dari Keputusan Fatwa Kebangsaaan memutuskan bahawa :
Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidakboleh dinasabkan kepada lelaki tersebut dan tidak hak untuk mewarisi pusaka lelaki itu, malah bukan mahram kepada lelaki itu, sekiranya anaknya perempuan maka lelaki itu tidak boleh menjadi wali kepada anaknya.
Umumnya pada hari ini masyarakat sewenang-wenangya membinkan atau membintikan anak tersebut kepada nama bapa yang menjaganya, sebaliknya adalah wajib dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah walaupun pasangan tersebut telah berkahwin.
Hak pewarisan juga secara tidak langung tidak wujud kepada anak tak sah taraf dalam ertikata lain anak tak sah taraf tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya. Oleh yang demikian saya mencadangkan jika mana-mana pihak berhasrat untuk memberikan hartanya kepada anak yangtidak sah taraf hendaklah mengikuti prosedur pemberian secara Hibah, iaitu memberikan harta atau apa-apa aset yangmenjadi miliknya kepada anak tersebut semasa ibu bapa masih hidup, dan untuk memudahkan lagi agar tidak berlaku pertikaian di masa akan datang perlulah pemberian tersebut dilakukan secara bertulis atau hitam putih.